EURO 2024: Perancis bernasib baik, Austria berjuang hingga tamat
Astro Awani
Jun 17, 2024 07:40 MYT
Jun 17, 2024 07:40 MYT
DUESSELDORF: Antara pasukan pilihan juara Euro 2024, Perancis sekadar meraih kemenangan tipis pada perlawanan pertamanya menentang Austria di Stadium Frankfurt, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Didier Deschamps bernasib baik berjaya mencuri tiga mata penuh meskipun menerima ancaman besar daripada lawannya itu yang tidak putus mengatur serangan balas.
Hanya satu jaringan sahaja dapat dihasilkan oleh juara Piala Dunia 2018 itu menerusi tampanan pertahanan Austria sendiri, hasil daripada pemain utama, Kylian Mbappe pada separuh masa pertama.
Anak buah Ralf Rangnick mempengaruhi permainan apabila sentiasa memberikan masalah buat barisan pertahanan Perancis, namun penjaga gol AC Milan, Mike Maingan, kental menyelamatkan maruah pasukannya.
Sebanyak tujuh layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, dalam aksi panas tersebut.