EURO 2024: Muncul juara, Sepanyol naik ke tangga ketiga ranking FIFA

Astro Arena
Julai 19, 2024 00:30 MYT
Sepanyol telah naik ke kedudukan ketiga dalam ranking dunia FIFA. - Stadium Astro/Agensi
JUARA Eropah yang baru ditabal, Sepanyol telah naik ke kedudukan ketiga dalam ranking dunia FIFA.
Kedudukan terkini telah dikeluarkan semalam, dengan pemenang Piala Dunia, Argentina memegang tempat teratas berikutan kejayaan Copa America mereka.
Terdapat beberapa perubahan ketara pada ranking dunia selepas bulan yang padat dengan bola sepak, dengan Argentina menewaskan Colombia untuk memenangi Copa America dan Sepanyol menewaskan England untuk memenangi EURO 2024.
Naib juara EURO, England naik ke tangga keempat, memintas Brazil selepas kempen Copa America yang kurang memberangsangkan.
Venezuela, yang mara ke suku akhir Copa America, adalah pasukan yang paling meningkat dalam ranking, meningkat 17 anak tangga ke tangga ke-37.
Salah satu penggerak besar yang lain ialah pasukan suku akhir EURO, Turkiye, yang melonjak 16 anak tangga ke tangga ke-26.
10 negara teratas:
1 - Argentina
2 - Perancis
3 - Sepanyol
4 - England
5 - Brazil
6 - Belgium
7 - Belanda
8 - Portugal
9 - Colombia
- Stadium Astro
#Euro 2024 #FIFA #ranking dunia #sepanyol