EURO 2024: Jerman pasukan pertama ke pusingan kalah mati

Astro Arena
Jun 20, 2024 00:30 MYT
Ilkay Gundogan (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan Euro 2024 Kumpulan A antara Jerman dan Hungary di Stuttgart, Jerman, 19 Jun 2024. (Foto AP)
JERMAN 2-0 HUNGARY
Jerman menempah slot awal ke pusingan kalah mati EURO 2024 selepas menewaskan Hungary 2-0 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di MHP Arena, awal pagi tadi.
Jamal Musiala membuka jaringan awal buat pasukan tuan rumah untuk mendahului Hungary dengan jaringan 1-0 dan menyaksikan kelebihan tipis itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Hungary yang sering hadir dengan percubaan merbahaya tidak berjaya membuahkan hasil dalam separuh masa pertama, malah terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang mendakwa jaringan penyamaan mereka ofsaid pada minit ke-47.
Toni Kroos hampir memberikan kelebihan berganda buat Jerman tetapi rembatan dari luar kotak itu tempias kepada pemain Hungary dan berjaya diselamatkan oleh Peter Gulacsi.
Ikay Gundogan menggandakan jaringan pada minit ke-66 selepas menyempurkan hantaran Maximilian Mittelstadt untuk memastikan Jerman selesa dengan kelebihan 2-0.
Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan anak buah Julian Nagelsmann mengecewakan ribuan penyokong Hungary yang tidak berhenti memberikan sorakan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Untuk rekod, Jerman berjaya menamatkan badi kemenangan berdepan Hungary selepas tiga perlawanan terakhir Jerman sekadar berakhir dengan dua keputusan seri dan satu tewas.
Hungary tewas dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A serta tidak berjaya mengumpul sebarang mata dan bakal melengkapkan jadual perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Scotland pada Isnin depan.

Knockout stages here we come #DFB #GermanFootball #GermanMNT #EURO2024 #GERHUN DFB/ Philipp Reinhard pic.twitter.com/GgCeHtsxqv

— German Football (@DFB_Team_EN) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Euro 2024 #Hungary #Jerman #Scotland