EURO 2024: Jerman hantar Denmark pulang, mara ke suku akhir
Astro Arena
Jun 29, 2024 23:40 MYT
Jun 29, 2024 23:40 MYT
JERMAN 2-0 DENMARK
Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024 selepas menewaskan Denmark 2-0 di Stadium Signal Iduna park, awal pagi tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun Jerman jelas mendominasi perlawanan dengan beberapa cubaan tetapi Kasper Schmeichel menjadi watak penting sebagai benteng terakhir Denmark.
Selang beberapa minit, Jerman dihadiahkan penalti selepas pengadil mendakwa bola hantaran David Raum terkena tangan Joachim Andersen.
Kai Havert memecahkan kebuntuan pada minit ke-53 selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Jerman mendahului Denmark 1-0.
Kai Havert berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-58 dalam situasi satu lawan satu berdepan Schmeichel tetapi sepakannya tersasar melintasi gawang gol justeru menyelamatkan gawang Denmark.
Pemain gantian hampir Niclas Füllkrug menambah derita Denmark dengan jaringan ketiga dalam masa tambahan, tetapi selepas menyemak VAR pengadil sekali lagi menafikan jaringan itu.
Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat sekali gus membawa cabaran Jerman sebagai tuan rumah ke pusingan 8 terbaik dengan anak buah Julian Nagelsmann itu bakal berdepan cabaran Sepanyol mahupun Georgia dalam pusingan suku akhir nanti.
Untuk rekod, Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir buat pertama kali sejak kali terakhir adalah pada kejohanan EURO 2016 apabila berjaya berjaya mara sehingga ke pusingan separuh akhir. - Stadium Astro