Euro 2024: Jerman catat dua sejarah berbeza

Astro Arena
Jun 14, 2024 06:05 MYT
Florian Wirtz (kanan) dan Jamal Musiala, muncul sebagai penjaring termuda menjaringkan gol dalam satu pasukan yang sama buat kali pertama dalam kejohanan Eropah.
PERLAWANAN pembukaan Euro 2024 di antara Jerman dan Scotland menyajikan aksi memukau daripada pasukan tuan rumah yang memungut tiga mata pertama kumpulan A, sebentar tadi.
Jerman melakukan serangan awal untuk menguasai keseluruhan permainan dan hasilnya tiga jaringan tercipta oleh tiga pemain yang berlainan.
Pemain berusia 21 tahun, Florian Wirtz dan Jamal Musiala, muncul sebagai penjaring termuda menjaringkan gol dalam satu pasukan yang sama buat kali pertama dalam kejohanan Eropah.

History in the making with Florian Wirtz and Jamal Musiala!#euro2024 #gersco pic.twitter.com/wX0CVPMBhS

— Stadium Astro (@stadiumastro) June 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, juara Piala Dunia 2014 itu merekodkan catatan baru apabila merupakan pasukan pertama mendominasi separuh masa pertama dengan tiga gol dalam Euro sejak tahun 1984 selepas Perancis. - Stadium Astro

Making history at the EUROs! Germany scores three goals in the first half for the first time and leads by three goals at halftime in the competition for the first time ever.#euro2024 #gersco pic.twitter.com/bvZB9Rhi55

— Stadium Astro (@stadiumastro) June 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Euro 2024 #Florian Wirtz #Jamal Musiala #Jerman pesta gol
;