EURO 2024: Jaringan minit ke-100 Hungary lebur impian Scotland

Astro Arena
Jun 23, 2024 23:00 MYT
Kevin Csoboth (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Euro 2024 Kumpulan A antara Scotland dan Hungary di Stuttgart, Jerman, 23 Jun 2024. (Foto AP)
HASRAT beraksi di peringkat kalah mati berakhir apabila Hungary menewaskan Scotland dalam saingan Euro 2024 awal pagi tadi.
Tiada jaringan dalam separuh masa pertama terhasil daripada kedua-dua pasukan, di sebalik penguasaan bola dimiliki Scotland, mereka seakan tidak mampu melakukan sentuhan akhir sepanjang 45 minit pertama.
Manakala Hungary kelihatan menghadirkan ancaman setiap kali memiliki peluang melepaskan serangan balas.
Percubaan cemerlang daripada Sallai dan Szoboszlai bagaimanapun gagal memberikan masalah buat Gunn.
Perlawanan yang kelihatan bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan itu telah dimenangi dengan gol yang disempurnakan selepas perlawanan melewati 100 minit waktu permainan.
100 minit yang penuh disajikan dengan deretan peluang yang gagal disempurnakan akhirnya memihak kepada Hungary, hasil jaringan Kevin Csoboth.
Kekalahan itu menyaksikan Jerman dan Switzerland membawa cabaran ke pusingan 16 selepas mereka terikat dengan keputusan 1-1 manakala Hungary meraih peluang yang tipis untuk menamatkan saingan dalam kalangan pasukan ketiga terbaik untuk ke peringkat kalah mati.
#Scotland #Euro 2024 #Hungary #Kevin Csoboth