EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya?

Astro Arena
Jun 18, 2024 01:00 MYT
Mbappe dilihat memegang hidungnya selepas dilaporkan patah ketika perlawanan Kumpulan D menentang Austria di Duesseldorf, Jerman. - Foto AP
KEM kebangsaan Perancis melahirkan kerisauan buat keseluruhan pasukan apabila tonggak penting mereka, Kylian Mbappe, mengalami kecederaan sehingga terpaksa dikeluarkan oleh ketua jurulatih, Didier Deschamps.
Aksi babak mengerikan itu terjadi susulan tandukannya terkena bahu salah seorang pertahanan Austria ketika minit akhir permainan menyebabkan pemain terbaru Real Madrid itu digantikan dengan pemain senior, Olivier Giroud.
Akibat daripada pelanggaran tersebut, Mbappe meronta kesakitan selepas disedari oleh penjaga gol Austria yang kemudiannya dirawat oleh pakar perubatan Perancis selain bajunya dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir dari hidungnya.
Perlawanan kedua kumpulan D itu menyaksikan juara Piala Dunia 2018 itu sekadar mencatat kemenangan tipis meskipun menerima asakan bertubi-tubi dari Austria. - Stadium Astro
#Euro 2024 #Kylian Mbappe #patah hidung #cedera