EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England
Astro Arena
Julai 14, 2024 13:23 MYT
Julai 14, 2024 13:23 MYT
HARRY Kane mengakui dia sedia 'tinggalkan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang kerjaya' untuk memenangi Euro 2024 bersama England, apabila bakal bertemu Sepanyol awal pagi esok.
The Three Lions, yang merupakan naib juara kepada Itali dalam Euro 2020, kembali ke pentas final buat kali kedua berturut-turut dalam Kejuaraan Eropah, dan menyasarkan untuk melangkah lebih jauh dengan meraih trofi kejohanan besar pertama mereka sejak menjulang Piala Dunia 1966.
Kane telah pun mencipta sejarah di kejohanan ini, menjadi penjaring terbanyak di peringkat kalah mati kedua-dua Kejohanan Eropah (enam) dan kejohanan utama keseluruhan dalam kalangan pemain Eropah (sembilan).
Penjaring terbanyak England dan Tottenham sepanjang zaman dan penyerang Bayern Munich itu masih mencari trofi pasukan pertama dalam kerjayanya yang mengagumkan, dan dia terdesak untuk menamatkan penantian itu di Berlin.
“Bukan satu rahsia saya tidak memenangi trofi pasukan.
“Setiap tahun yang berlalu, anda lebih berazam dan bermotivasi untuk mengubahnya.
“Saya mempunyai peluang untuk memenangi salah satu [trofi] terbesar yang boleh anda menangi dan mencipta sejarah bersama negara saya.
“Saya amat berbangga mewakili England dan saya sedia menukar semua pencapaian dalam muncul juara.
"Kami sudah bersedia untuk beraksi dan menjadikan perlawanan esok sesuatu yang istimewa." - Stadium Astro