EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir

Bernama
Julai 3, 2024 12:45 MYT
Pemain sayap Liverpool, Cody Gakpo mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-20. - Foto AP
MUNICH: Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemain sayap Liverpool, Cody Gakpo mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-20.
Belanda selepas itu terus meningkatkan asakan ke gawang Romania namun mensia-siakan banyak peluang untuk menambah jaringan.
Pemain gantian Malen memastikan kemenangan selesa Belanda dengan dua gol pada minit ke-83 dan minit ketiga masa kecederaan.
Belanda akan bertemu Turkiye dalam aksi suku akhir pada Sabtu di Berlin.
-- BERNAMA
#Euro 2024 #Belanda #Romania #Donyell Malen #suku akhir
;