EURO 2024: Didier Deschamps khuatir jentera serangan Perancis

Astro Arena
Julai 1, 2024 07:18 MYT
Deschamps gesa Perancis agar meningkatkan prestasi mereka di depan pintu gol apabila menekankan tiada lagi peluang kedua dalam EURO 2024. - Stadium Astro
Didier Deschamps menggesa Perancis agar meningkatkan prestasi mereka di depan pintu gol apabila menekankan tiada lagi peluang kedua dalam EURO 2024 tatkala mereka bersedia untuk menempuhi peringkat kalah mati.
Perancis merupakan salah sebuah pasukan pilihan sebelum kejohanan tetapi bergelut untuk menjelmakan impak sebenar selepas menamatkan saingan sebagai naib juara dalam Kumpulan D di belakang Austria.
Selepas menang ke atas pasukan bimbingan Ralf Rangnick itu hasil jaringan sendiri dalam perlawanan pembukaan, Les Bleus kemudian terikat seri dengan Belanda dan Poland.
Sambil mengakui keputusan memberangsangkan mereka di peringkat kumpulan, Deschamps yakin akan ada peningkatan besar ketika menentang Belgium dalam pusingan 16, tengah malam ini.
“Saya sedang melakukan yang terbaik untuk meletakkan pasukan di kedudukan terbaik untuk memaksa pihak lawan kental bertahan,” kata ketua jurulatih itu.
"Kami sudah memasuki fasa baru kejohanan ini, Tiada lagi peluang kedua.
"Pasukan yang layak adalah lebih baik daripada pasukan yang pulang. Ini semua tentang mempunyai kelebihan di hadapan gawang.
"Jika anda mahu menang maka anda perlu menjaringkan gol dan kami tidak menyerlah dalam soal ini."

Les Bleus sont arrivés à Düsseldorf ! #FiersdetreBleus pic.twitter.com/y6h5yP8EjV

— Equipe de France (@equipedefrance) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Euro 2024 #Didier Deschamps #Perancis #les bleus