Euro 2024: Bola Wirtz selaju 108.14km/j, Kroos catat 101 hantaran
Astro Arena
Jun 14, 2024 06:30 MYT
Jun 14, 2024 06:30 MYT
TONGGAK utama Jerman, Florian Wirtz dan Toni Kroos, merekodkan catatan peribadi berbeza ketika perlawanan pertama pembukaan Euro 2024 menentang Scotland, sebentar tadi.
Berdasarkan statistik yang diperoleh, pemain Bayer Leverkusen itu melakukan rembatan bola yang menghasilkan kelajuan 108.14km/j untuk memberikan jaringan pertama buat skuad kendalian Julian Nagelsmann pada babak pertama permainan.
Dalam masa sama, pemain berpengalaman, Toni Kroos terus diberi tumpuan susulan melakar sebanyak 101 hantaran tepat kepada rakan sepasukan sekali gus menjadi pemain pertama mempunyai kadar kejituan tertinggi daripada pemain lain. - Stadium Astro