EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Astro Arena
Julai 8, 2024 09:00 MYT
Julai 8, 2024 09:00 MYT
UEFA akan dikehendaki membayar pampasan kepada Barcelona berikutan kecederaan Pedri ketika beraksi dalam EURO 2024.
Menjelang separuh akhir EURO 2024 Sepanyol bertemu Perancis awal pagi Rabu, Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
Dia dipaksa keluar ketika pembukaan kemenangan 2-1 suku akhir Sepanyol ke atas tuan rumah Jerman ekoran kecederaan lutut selepas diterjah pemain Real Madrid yang bakal bersara, Toni Kroos.
Kroos sejak insiden tersebut telah memohon maaf dan bintang Barcelona itu kini telah mula fokus kepada proses pemulihan.
Dia dijangka bakal diketepikan leboh kurang empat ke enam minggu dan dijangka terlepas musim pembukaan 2024/25 di Barcelona.
Bagaimanapun, terdapat perkhabaran positif buat kelab, di mana UEFA diwajibkan membayar untuk menampung ketiadaan pemain itu.
Jika seorang pemain diketepikan selama lebih 28 hari beraksi, UEFA dikehendaki melakukan bayaran maksimum EURO7.5 juta (RM38 juta) untuk kecederaan jangka panjang.
Angka terakhir adalah berdasarkan jumlah hari terlepas, dalam kes Pedri dari 2 Ogos, bermula EURO20,500 sehari, yang boleh mencecah sekitar EURO300,000. - Stadium Astro