Euro 2020: Sepanyol ke pusingan 16 selepas belasah Slovakia

Astro Arena
Jun 23, 2021 07:48 MYT
Martin Dubravka (atas, kanan) dan Alvaro Morata (tiga, kiri) ketika beraksi dalam perlawanan Euro 2020 kumpulan E antara Slovakia dan Sepanyol di Stadium La Cartuja di Seville, Sepanyol, 23 Jun, 2021. (Foto AP)
SLOVAKIA 0 SEPANYOL 5
Sepanyol memanfaatkan aksi buruk Martin Dubravka untuk membelasah Slovakia 5-0 bagi melayakkan diri ke pusingan 16 Euro 2020 awal pagi tadi.
Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama dan penjaga gol Slovakia, Dubravka, memudahkan tugas itu.
Dubravka menyelamatkan sepakan pernati Alvaro Morata pada awal permainan -- Sepanyol gagal menyempurnakan sepakan penalti buat kali kelima berturut-turut -- sebelum secara janggalnya menolak masuk bola ke gawang sendiri susulan percubaan jarak jauh Pablo Sarabia yang terkena palang selepas setengah jam permainan.
Gol itu jelas menaikkan semangat Sepanyol untuk memperoleh kemenangan besar -- kali pertama mereka menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Kejohanan Eropah.

Spain have scored 5 goals in a EURO final match for the 1st time #EURO2020 pic.twitter.com/vvbW4QuwnJ

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan pertama Aymeric Laporte di peringkat antarabangsa menjadikan kedudukan 2-0 sebelum waktu rehat dan penyudah Sarabia dan Ferran Torres selain gol sendiri Juraj Kucka dalam babak berikutnya memastikan La Roja mara dengan bergaya ke pusingan kalah mati.
Dengan kemenangan itu, Sepanyol akan berdepan Croatia di Stadium Parken bagi penentuan ke suku akhir awal pagi Selasa ini.
#Euro 2020 #Slovakia #sepanyol #sepakan pernati #Martin Dubravka #Luis Enrique #Alvaro Morata #gol terkena palang #gol sendiri
;