Euro 2020: Sentuhan Sterling hapus badi England
Astro Arena
Jun 13, 2021 05:38 MYT
Jun 13, 2021 05:38 MYT
ENGLAND 1 CROATIA 0
Gol pertama Raheem Sterling dalam kejohanan utama menyaksikan England memulakan kempen Euro 2020 dengan baik apabila mengalahkan Croatia 1-0 di Wembley, malam tadi.
The Three Lions tidak pernah memenangi perlawanan pembukaan mereka dalam Kejuaraan Eropah namun penantian itu berakhir apabila mereka mengambil langkah besar dalam Kumpulan D.
Berbeza dengan kekalahan separuh akhir Piala Dunia kepada seteru serupa pada 2018, pasukan kendalian Gareth Southgate itu menikmati penguasaan bola sepanjang permainan yang menyaksikan percubaan Phil Foden pada minit ke-6 terkena tiang sebelum gol kemenangan tuan rumah menjelma pada minit ke-57.
Harry Kane mensia-siakan peluang besar untuk menggandakan keunggulan England, tetapi gol tunggal Sterling itu sudah memadai memandangkan jentera serangan Croatia yang diketuai Ante Rebic tidak efektif.