Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
Reuters
Julai 12, 2021 12:24 MYT
Julai 12, 2021 12:24 MYT
LONDON: Persatuan Bola Sepak England (The FA) mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain susulan kekalahan pasukan itu kepada Itali pada final Euro 2020.
Selepas terikat 1-1 pada masa tambahan, Itali menang menerusi penentuan penalti 3-2, dengan pemain England Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka, yang semuanya berkulit hitam, gagal menyempurnakan sepakan.
"FA mengecam keras semua bentuk diskriminasi yang ditujukan kepada beberapa pemain kami di media sosial," kata kenyataan itu.
"Kami tidak pasti siapa yang memulakan, tetapi kami tidak menerima kritikan sedemikian.
"Kami menyokong pemain, semua pemain, dan mendesak hukuman yang paling berat terhadap mereka yang bertanggungjawab."
Polis Britain mengesahkan akan menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu.
"Kami ambil maklum berkenaan komen di media sosial yang menyinggung perasaan dan berunsur rasis ditujukan kepada pemain bola sepak selepas final # Euro2020," itu kenyataan yang dimuat naik akaun Twitter Metropolitan Police.
#Euro 2020
#England
#Itali
#bola sepak
#media sosial
#perkauman
#penalti
#Marcus Rashford
#Jadon Sancho
#Bukayo Saka
#pemain berkulit gelap