Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera

Astro Arena
Julai 12, 2021 05:22 MYT
Sebilangan besar penyokong tidak menimbulkan masalah tetapi polis mengatakan terdapat segelintir yang bertindak ganas. - Astro ARENA
LEBIH sedozen pegawai polis cedera berhadapan penyokong yang bertindak ganas selepas England tewas kepada Itali dalam Euro 2020.
Polis Met berkata 49 orang telah ditahan ketika aksi final dan 19 pegawai telah mengalami kecederaan.
Penyokong bergaduh antara satu sama lain dengan pegawai perlawanan, melanggar peraturan dalam usaha menceroboh stadium sebelum permulaan perlawanan, di mana Itali menang menerusi penentuan penalti.
Beberapa saksi mengatakan bahawa mereka melihat sebilangan penyokong melintasi kawasan tempat duduk memasuki padang dan dikejar oleh pihak keselamatan.
Dalam stadium, ada suasana pesta dengan penyokong menyanyikan lagu "Sweet Caroline" dan "Three Lions."
BACA: Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
BACA: Itali juara Euro 2020, tewaskan England menerusi tendangan penalti
Sebilangan besar penyokong tidak menimbulkan masalah tetapi polis mengatakan terdapat segelintir yang bertindak ganas.
"Mengecewakan, 19 pegawai kami cedera ketika mereka menghadapi orang ramai yang bertindak ganas," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Met.
"Ini sama sekali tidak boleh diterima. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pegawai di seluruh London atas peranan mereka dalam menjaga keselamatan London malam ini.
"Kami melakukan 49 tangkapan dengan pelbagai kesalahan. Kami akan mempunyai pegawai bertugas sepanjang malam."
Sumber: Mirror.co.uk
#gaduh #Euro 2020 #ganas #penyokong #bola sepak #Itali #England tewas #pihak keselamatan
;