Euro 2020: Muller luah kekecewaan tewas kepada England

Astro Arena
Julai 1, 2021 08:24 MYT
Muller meluahkan keperitan yang ditanggung setelah terlepas peluang keemasan dalam kekalahan Jerman 2-0 kepada England dalam aksi Euro 2020. -Foto Astro Arena
THOMAS Muller meluahkan keperitan yang ditanggung setelah terlepas peluang keemasan dalam kekalahan Jerman 2-0 kepada England dalam aksi Euro 2020.
Percubaan Muller tersasar ketika skuad kendalian Joachim Low ketinggalan 1-0 dengan berbaki sembilan dalam aksi pusingan 16 di Wembley.
Penyerang Bayern Munich itu kelihatan kecewa selepas percubaannya itu seharusnya membantu Jerman kekal dalam kejohanan tersebut.
Harry Kane menggandakan kelebihan England dengan tandukan lima minit kemudian dan Muller kelihatan kecewa apabila dia digantikan dalam masa kecederaan.
Muller gagal menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan selepas dipanggil semula ke dalam skuad Low, berjaya melakukan satu percubaan tepat ke sasaran dan terlepas satu-satunya peluang terbaik menjaringkan gol.
"Itulah, pada saat anda akan ingat pada akhirnya, yang akan membawa anda tidur pada waktu malam. Untuk siapa anda bermain, berlatih dan hidup sebagai pemain bola sepak," katanya menerusi Instagram.
"Ia merupakan saat ketika anda berpeluang untuk membawa pasukan anda kembali ke dalam perlawanan bagi menghadirkan kegembiraan buat seluruh negara.
"Untuk mendapatkan peluang ini dan kemudian melepaskannya,, itu benar-benar menyakitkan saya.
"Ini menyakitkan bagi seluruh pasukan DFB.
"Rakan sepasukan saya dan jurulatih kami, yang semuanya memberi saya keyakinan untuk berada di sana ketika itu.
"Tetapi di atas segalanya, ini menyakitkan kerana semua peminat Jerman di luar sana yang berdiri di samping kami dan menyokong kami semasa Kejuaraan Eropah ini walaupun sukar.
"Terima kasih atas sokongan anda."
#Euro 2020 #Jerman #England #Thomas Muller #Joachim Low #bola sepak #Bayern Munich #Harry Kane
;