Euro 2020: Modric anggap England berat sebelah

Astro Arena
Jun 13, 2021 09:21 MYT
Reaksi Luka Modric ketika sesi latihan sehari sebelum perlawanan Euro 2020 Kumpulan D antara England dan Croatia di stadium Wembley, London, 12 Jun, 2021. (Foto AP)
KAPTEN Croatia, Luka Modric, melabel England memiliki "kelebihan tidak adil" dalam Euro 2020 memandangkan ketiga-tiga perlawanan peringkat Kumpulan D membabitkan mereka diadakan di Stadium Wembley.
The Three Lions bakal menyambut kunjungan Croatia di stadium kebangsaan itu, malam ini (13 Jun), dalam pertemuan yang disifatkan sebagai ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018.
Wembley juga akan menganjurkan dua perlawanan England menentang Scotland pada Sabtu depan disusuli Republik Czech pada 23 Jun selain dua aksi pusingan 16, kedua-dua pertemuan separuh akhir dan final.
"Semua orang pasti akan mengatakan mana-mana pasukan yang bermain di kandang sendiri dengan kehadiran penyokong, ia boleh menawarkan sedikit kelebihan," kata Modric kepada BBC pada Sabtu.

It's #VNL Week 4! Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0tL8b pic.twitter.com/GiFt1wnnFc

— Stadium Astro (@stadiumastro) June 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ditanya adakah England mempunyai kelebihan yang tidak adil dalam kejohanan itu, pemain tengah Real Madrid tersebut menambahkan:
"Ya, saya rasa begitu.
"Sayang sekali tidak ramai penyokong Croatia yang dapat datang kerana kehadiran mereka sentiasa terasa.
"Tetapi begitulah keadaannya. Kami perlu fokus di lapangan dan tidak berasa terganggu dengan keadaan di sekeliling."
Modric membantu Croatia menewaskan England 2-1 di Moscow tiga tahun lalu untuk menyingkirkan pasukan bimbingan Gareth Southgate itu dalam separuh akhir Piala Dunia.
Sejak itu, kedua-dua pasukan bertemu dua kali dalam Liga Bangsa-Bangsa (UNL), dengan kemenangan 2-1 memihak England pada November 2018 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0, sebulan sebelumnya.
Justeru, perancang berusia 35 tahun itu percaya England adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk Euro 2020.
"Saya memandang tinggi mereka," tambahnya.
"Sudah pasti, mereka adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk kejohanan ini. Itu tidak bermakna kami tidak akan ke turun beraksi hebat dan berusaha mendapatkan keputusan positif.
"Kami telah membuktikannya pada masa lalu bahawa kami mampu melakukannya dan kami tahu bagaimana untuk menentang England. Semoga kami dapat menjelmakannya lagi esok (13 Jun)."
#Croatia #kapten #Luka Modric #England #kelebihan tidak adil #Euro 2020 #perlawanan #Kumpulan D #Stadium Wembley #Three Lions #ulangan #Separuh Akhir #Piala Dunia 2018
;