Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Astro Arena
April 10, 2021 12:47 MYT
April 10, 2021 12:47 MYT
LAPAN negara tuan rumah telah mengesahkan rancangan untuk membenarkan peminat menghadiri perlawanan Kejohanan Euro 2020.
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Stadium Wembley, yang akan menjadi tuan rumah tiga perlawanan peringkat kumpulan, pusingan 16 dan separuh akhir dan final, akan membenarkan kapasiti minimum stadium iaitu sebanyak 25 peratus untuk pusingan awal dan berharap jumlah dapat ditingkatkan dalam tiga perlawanan terakhir.
Permainan di Amsterdam, Bucharest, Copenhagen dan Glasgow pula mengesahkan 25 hingga 33 peratus kapasiti stadium boleh diisi. Ketiga-tiga bandar itu berharap dapat meningkatkan jumlahnya, bergantung kepada program ujian dan situasi penularan COVID-19.
Pertandingan di Baku boleh dimuatkan 50 peratus walaupun peminat yang bertandang ke Azerbaijan perlu mengesahkan ujian negatif COVID-19 untuk memasuki negara itu.
St Petersburg bercadang untuk memuatkan 50 peratus stadium sementara Budapest kehadiran penuh penonton dengan syarat-syarat kemasukan ke stadium yang dipenuhi.
Empat lagi stadium -- Munich, Rom, Bilbao dan Dublin -- mempunyai tempoh hingga 19 April ini untuk memberikan maklumat tambahan mengenai rancangan untuk membenarkan penonton.
"UEFA dengan sukacitanya mengumumkan penonton akan kembali ke venue perlawanan Euro 2020 dan saya ingin menyampaikan penghargaan kepada persatuan dan pihak berkuasa kebangsaan dan tempatan yang bekerjasama erat dalam memastikan penonton dapat kembali ke stadium dengan selamat, " kata Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam satu
Sepak mula johanan itu, yang ditunda sejak tahun lalu berikutan penularan pandemik berkenaan, akan bermula pada 11 Jun depan membabitkan perlawanan di antara Itali dan Turki di Rom.