Euro 2020: Kemenangan Rusia buat Kumpulan B kembali seimbang

Astro Arena
Jun 16, 2021 05:19 MYT
Reaksi Aleksei Miranchuk meraikan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan B antara Finland dan Rusia di Saint Petersburg Arena, Saint Petersburg, Rusia, 16 Jun, 2021. REUTERS
RUSIA 1 FINLAND 0
Rusia kembali menyalakan harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Euro 2020 apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Finland di Saint Petersburg, malam tadi.
Penyudah luar biasa Aleksei Miranchuk memastikan pasukan bimbingan Stanislav Cherchesov itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Belgium.
Gol Miranchuk dalam masa kecederaan babak awal menerusi rembatan pertama yang menuju tepat ke sasaran -- penantian paling lama untuk sebarang usaha mencetak gol dalam edisi kali ini -- menghasilkan penamat menarik untuk Kumpulan B.
Peluang kedua-dua pasukan untuk ke pusingan seterusnya masih terbentang memandangkan masing-masing sudah mengutip tiga mata selepas dua perlawanan.
Permulaan perlawanan itu menyaksikan Finland dinafikan jaringan pembukaan yang dibatalkan oleh penjaga garisan selepas Joel Pohjanpalo didapati ofsaid sebelum menanduk masuk umpanan silang Jukka Raitala.
Rusia kemudian bertindak balas tetapi Magomed Ozdoev seharusnya melakukan sentuhan yang lebih baik ketika menyerang selepas menerima hantaran Miranchuk dari jarak dekat.

22 - Following his assist, Artem Dzyuba has had a hand in 22 goals in his last 21 appearances for Russia in all competitions (14 goals, 8 assists). Leader. #EURO2020 #RUS # pic.twitter.com/MHuaVU90lT

— OptaIvan (@OptaIvan) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tuan rumah kehilangan Mario Fernandes akibat kecederaan dan penggantinya, Vyacheslav Karavaev, hampir memberi impak segera tetapi Jere Uronen sempat mematahkan percubaan yang menerima hantaran silang Daler Kuzyaev.
Namun, Rusia memastikan kelebihan dalam babak pertama yang menyaksikan Miranchuk bermain 1-2 dengan Artem Dzyuba di dalam kotak penalti sebelum melengkapkan usaha hebat itu ke sudut kiri atas.
Rusia beberapa inci untuk menggandakan keunggulan mereka itu -- tidak lama selepas permainan bersambung namun percubaan Aleksandr Golovin meliar sementara di pintu gol seberang, rembatan Teemu Pukki memerlukan ketangkasan Matvey Safonov.
Tonggak Finland, Lukas Hradecky, cemerlang di sebelah menutup ruang di sebelah kirinya ketika mematahkan percubaan Kuzyaev bagi mengekalkan Finland terus dalam persaingan.
Sungguhpun Rusia gagal mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dalam percubaan pada 15 minit terakhir, jaringan awal itu menjulang mereka untuk kemenangan penting di hadapan peminat sendiri yang sentiasa memberikan sokongan padu.
#Rusia #Finland #Euro 2020 #Kumpulan B #Aleksei Miranchuk
;