Euro 2020: Dua gol Lukaku pastikan kemenangan selesa Belgium

Astro Arena
Jun 13, 2021 08:04 MYT
Aksi Romelu Lukaku ketika menjaringkan gol pertama dalam perlawanan Euro 2020 Kumpulan B antara Rusia dan Belgium di stadium Saint Petersburg, St. Petersburg, Rusia, 12 Jun, 2021. (Foto AP)
BELGIUM 3 RUSIA 0
Romelu Lukaku melaungkan sokongannya buat Christian Eriksen selepas membantu Belgium menewaskan Rusia 3-0 dalam perlawanan pembukaan Euro 2020 mereka awal pagi tadi.
Rakan sepasukan Lukaku di Inter Milan, Eriksen, dalam keadaan sedar selepas menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital berikutan tumbang di atas padang ketika Denmark menentang Finland di Copenhagen.
Penjaring gol terbanyak Belgium, Lukaku, dilihat berkata kepada kamera siaran langsung "Chris, saya sayang kamu" ketika meraikan jaringan pertamanya dalam aksi Kumpulan B itu di Stadium Saint Petersburg.
Thomas Meunier kemudian menjaringkan gol kedua Belgium dalam babak pertama dan aksi luar biasa Lukaku ditamatkan dengan gol kedua peribadinya untuk Belgium memintas Finland -- yang menewaskan Denmark selepas perlawanan bersambung -- di tangga teratas.

This guy #DEVILTIME #BELRUS pic.twitter.com/tKkxNSxpxx

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belgium #Rusia #Romelu Lukaku #Christian Eriksen #perlawanan pembukaan #Euro 2020 #inter milan
;