Euro 2020: De Bruyne, Witsel terlepas aksi pembukaan
Astro Arena
Jun 11, 2021 06:00 MYT
Jun 11, 2021 06:00 MYT
KEVIN De Bruyne mengalami kemajuan yang baik dalam pemulihan kecederaannya walaupun diketepikan daripada aksi pembukaan Euro 2020 menentang Rusia di St Petersburg.
Perancang Manchester City, De Bruyne, mengalami keretakan di bahagian tulang hidung dan orbital ketika tewas dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) kepada Chelsea.
Pemain berusia 29 tahun itu mendapat bantuan pegawai perubatan ketika beraksi di Porto hingga menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya dalam Euro 2020, tetapi dia telah menyertai skuad kendalian Roberto Martinez.
Walaupun aksi pembukaan Kumpulan B hadir terlalu awal buat De Bruyne, Martinez mencadangkan pemain itu akan beraksi sebelum tamat peringkat liga sepusingan, selepas Pemain Terbaik PFA itu bakal memulakan latihan bersama rakan sepasukan selepas tamat aksi di Stadium Krestovsky.
"Itu selalu menjadi petunjuk perubatan. Kevin harus melalui beberapa tahap dan dia telah melalui tahap-tahap tersebut," kata ketua jurulatih Belgium itu pada sidang media sebelum pertandingan pada Jumaat.
"Kelmarin dia menampilkan perkembangan positif ketika berlatih namun masih tidak lagi menyertai pasukan.
"Dua hari akan datang amat penting dalam memastikan dia kembali bergerak bebas dan mula menjalani latihan bersama pasukan."
Seorang lagi anggota skuad Martinez yang berpengalaman, pemain tengah Borussia Dortmund, Axel Witsel, hampir kembali beraksi.
Witsel tidak bermain bola sepak yang kompetitif sejak mengalami kecederaan tendon Achilles Januari lalu tetapi masih diberi tempat dalam skuad 26 pemain Red Devils.
Seperti De Bruyne, dia tidak akan mengikuti pasukan ke St Petersburg.
"Situasi dengan Axel sangat jelas. Dia adalah sebahagian daripada 26 pemain. Usaha pemain itu sejak beberapa hari yang lalu amat memuaskan," kata Martinez.
"Kemudian kami akan melakukan setiap hari bagi memastikan kami dapat menurunkan Axel yang seperti kami kenali.
"Keputusan untuk tidak melakukan tidak membawanya ke St Petersburg adalah untuk memastikan dia kekal berlatih untuk beberapa hari lagi sebelum menghadapi perlawanan berikutnya."
#Belgium
#bola sepak
#Kevin de Bruyne
#Rusia
#Euro 2020
#keretakan tulang hidung
#Manchester City
#Roberto Martinez
#Axel Witsel
#kecederaan