Euro 2020: Austria larang penyokong ke London

Astro Arena
Jun 23, 2021 07:53 MYT
Penyokong Austria bersorak meraikan kejayaan pasukan itu selepas perlawanan Euro 2020 kumpulan C antara Ukraine dan Austria di stadium National Arena di Bucharest, Romania, 21 Jun, 2021. (Foto AP)
AUSTRIA menggesa peminat sendiri supaya tidak bertandang ke London untuk pertembungan Euro 2020 dengan Itali.
Badan induk bola sepak negara itu gagal dalam permohonannya untuk menangguh atau mengubah venue perlawanan kalah mati di Stadium Wembley, pada awal pagi Ahad ini.
Penularan pesat varian Delta, COVID-19, di England menimbulkan kegentaran kedua-dua pasukan itu selain syarat kuarantin yang diperketatkan.
Perdebatan penganjuran separuh akhir dan final Euro 2020 di Stadium Wembley juga semakin hangat di sebalik ia akan dibuka kepada 60,000 penyokong kelak.
#austria #London #COVID-19 #perlawanan kalah mati #ubah venue #tangguh perlawanan #kuarantin #Varian Delta #varian baharu #England #Euro 2020
;