Euro 2016: 'Saya bukan datang dari bulan, saya tahu Sepanyol bagus' - Conte
Astro Arena
Jun 23, 2016 16:57 MYT
Jun 23, 2016 16:57 MYT
Jurulatih Itali, Antonio Conte mengingatkan para penyokong skuad Azzurri bahawa dia bukannya datang dari bulan, menjelang pertemuan dengan Itali di peringkat 16 pasukan terakhir Euro 2016.
Biarpun membimbing Itali menjuarai Kumpulan E, namun itu tidak menjamin laluan selesa buat mereka apabila diundi bertemu juara bertahan, Sepanyol di pusingan seterusnya.
Pertembungan itu mengimbau aksi final 2012, yang menyaksikan Sepanyol menang besar 4-0.
Selepas Itali tewas 1-0 kepada Republik Ireland, Conte kelihatan semakin muak dihambat soalan mengenai persediaan Itali untuk menghadapi Sepanyol, namun bakal pengurus Chelsea itu lantas menegaskan apa yang mereka bakal hadapi.
"Apa lagi yang perlu saya cakap mengenai Sepanyol? Anda mahu saya bercakap mereka adalah pasukan sampah?
"Apa yang patut saya perkatakan? Kami akan menghadapi antara sebuah pasukan terbaik dunia. Cukuplah," katanya.
"Melainkan saya ini turun dari bulan dan fikir Sepanyol hanya rakan untuk berlatih."