Euro 2016: Ramsey kecewa terlepas aksi separuh akhir
Astro Arena
Julai 3, 2016 09:26 MYT
Julai 3, 2016 09:26 MYT
PEMAIN tengah Wales, Aaron Ramsey yakin pasukannya mampu layak ke final Euro 2016 walaupun dia bakal terlepas aksi separuh akhir berdepan Portugal akibat penggantungan.
Ramsey dilayangkan kad kuning kedua di Euro selepas bola terkena tangan pemain Arsenal itu ketika menang 3-1 ke atas Belgium dalam aksi suku akhir.
Pertahanan Ben Davies turut mengiringi Ramsey yang dijuga dilayangkan kad kuning kedua kejohanan selepas melakukan kekasaran ke atas pihak lawan.
"Ia merupakan satu sentuhan yang tidak sengaja dan saya sudah mengetahui saya akan dilayangkan kedua," kata Ramsey.
"Saya sangat kecewa. Saya yakin dengan rakan sepasukannya untuk mara ke final."
Walaupun terpaksa diketepikan untuk perlawanan seterusnya, Ramsey menyifatkan prestasi ketika berdepan Belgium merupakan antara yang terbaik buat dirinya.
"Ia merupakan persembahan terbaik sepanjang kerjaya saya, terutama sekali di pentas ini," katanya.
"Saya sangat gembira kerana berjaya membantu Wales untuk mara sehingga ke pusingan ini.
"Dan seterusnya, kami perlu menewaskan Portugal. Saya akan memberikan sokongan kepada para pemain saya dan saya berharap kami mara ke final.
Pertahanan The Dragons, James Chester memberitahu ia merupakan tamparan buat mereka kerana ketiadaan Davies dan Ramsey untuk aksi seterusnya.
"Sememangnya tanpa Davies dan Ramsey dalam kesebelasan utama pasukan amat mengecewakan buat kami," kata Chester.
"Ramsey memiliki kualiti yang sangat mengagumkan dan Davies telah membuktikan dirinya sebagai antara pertahanan terbaik kejohanan.