Euro 2016: Ozil bidas kenyataan Jerome Boateng
Astro Arena
Jun 20, 2016 17:40 MYT
Jun 20, 2016 17:40 MYT
PERANCANG utama Jerman, Mesut Ozil membidas kenyataan dibuat rakan sepasukannya, Jerome Boateng yang sebelum ini mengkritik jentera serangan yang dilihat gagal mengancam kubu lawan.
Pertahanan Bayern Munich itu mengkritik barisan serangan Die Mannschaft susulan terikat seri tanpa jaringan berdepan Poland Khamis lalu.
"Kami gagal membuat percubaan ke arah gol lawan, kami menguasai bola dengan baik tetapi bila tiba dihadapan gawang lawan kami tidak mampu mencipta peluang.
"Pergerakan pemain juga kurang, kami perlu perbaiki corak serangan kalau tidak kami tidak akan mara lebih jauh," ujarnya.
Namun kenyataan itu tidak diterima baik pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil.
Dia kemudiannya menyindir rakan sepasukannya itu.
"Itu pendapat dia, lagi pun dia lebih arif tentang tugas seorang pemain penyerang," ujarnya.