Euro 2016: Conte tidak gusar kekurangan Azzurri
Astro Arena
Jun 7, 2016 08:50 MYT
Jun 7, 2016 08:50 MYT
Jurulatih Itali, Antonio Conte memberi amaran kepada anak buahnya agak meningkatkan tempo, intensiti dan beberapa situasi taktikal.
Kegusaran itu disuarakan selepas Itali menyaksikan meraih kemenangan 2-0 ke atas Finland menerusi gol Antonio Candreva dan Daniele De Rossi dalam aksi perlawanan pemanas badan sebelum mereka membuka aksi dalam Kejohanan Euro 2016 menentang Belgium pada 14 Jun nanti.
Candreva membuka jaringan apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dikasari sebelum De Rossi meledak gol kedua pada babak kedua.
Conte memilih untuk merehatkan Gianluigi Buffon untuk memberi peluang kepada Salvatore Sirigu di depan gawang, sambil Simone Zaza dan Ciro Immobile turut berkesempatan untuk membuktikan keupayaan mereka.
Zaza membalas kepercayaan itu dengan banyak menghuru-hara benteng Finland, sekalipun dia gagal mencetak namanya dalam senarai penjaring.
Finland pula gagal menghadirkan bahaya sepanjang 45 minit awal permainan untuk menguji Sirigu walau dengan satu percubaan.
Itali kemudian memasukkan pemain tengah Stefano Sturaro untuk penampilan pertamanya dalam skuad senior kebangsaan.
Gol kedua skuad dengan gelaran Azzurri itu dicipta menerusi gerakan Candreva dari sebelah sayap untuk disudahkan De Rossi dengan tandukan.
Disebalik beberapa kelemahan tersebut, Conte tetap yakin prestasi barisan pemainnya akan terus meningkat dalam setiap perlawanan selain dibantu suasana harmoni dalam kem.
"Saya tidak meragui usaha yang mereka curah," katanya.