EURO 2016: 9 bintang Eropah jadi tumpuan

Astro Arena
Mei 26, 2016 17:19 MYT
9 bintang yang bakal curi tumpuan di Euro 2016
Euro 2016 bakal membuka tirainya pada 10 Jun ini dengan menampilkan 24 negara -- pertambahan jumlah penyertaan daripada 16 pasukan sebelum ini.
Selain mencari pasukan juara, kejohanan kali ini turut menjadi pentas berkumpulnya pemain-pemain bintang dari seluruh Eropah.
MESTI BACA: Siapa bertarung dalam Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F?
Berikut adalah sembilan pemain yang menjadi perhatian dan turut dianggap sebagai tonggak yang mampu menggerunkan lawan di pentas bola sepak berprestij itu:

1) Paul Pogba [Perancis]

Pogba adalah antara pemain paling berbakat di kalangan pemain tengah. Dia mungkin menjadi pemain terbaru yang tersenarai dalam kelompok pemain termahal jika meninggalkan Juventus. Melihat kepada prestasi Pogba, ramai berpendapat dia bakal menjadi pengganti Patrick Vieira atau Zinedine Zidane.
EURO 2016: Five things to know about France


2) Cristiano Ronaldo [Portugal]

Ronaldo menjadi pemain paling dinamik dengan purata jaringan lebih satu gol daripada setiap perlawanan. Dia memenangi segala-galanya bersama kelab, namun sedikit sukar di peringkat antarabangsa berikutan kekurangan kualiti dalam skuad Portugal.
EURO 2016: Five things to know about Portugal


3) Zlatan Ibrahimovic [Sweden]

Sweden adalah pasukan 'seorang pemain', iaitu Zlatan Ibrahimovic, yang memiliki gabungan tenaga dan ketangkasan. Bberusia 34 tahun, Euro 2016 mungkin menjadi kejohanan utama terakhir buat Zlatan.
EURO 2016: Five things to know about Sweden


4) Harry Kane [England]

Kane tidak berada dalam radar England pada 2014. Sejak itu, dia menjaringkan 59 gol dalam semua pertandingan sepanjang dua musim bersama Tottenham. Pemain berusia 22 tahun ini memiliki penyudah maut.
EURO 2016: Five things to know about England


5) Jamie Vardy [England]

Vardy menjadi pemain paling sensasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membantu Leicester City mencipta sejarah menjuarai EPL buat kali pertama dengan 24 gol. Vardy yang sering kelihatan 'kelaparan gol' berjaya memecah rekod dipegang Ruud van Nistelrooy apabila menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut. Selain dinobatkan sebagai pemain terbaik EPL musim ini, Vardy turut diangkat sebagai pemain terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak.
EURO 2016: Five things to know about England


6) Gareth Bale [Wales]

Apabila Euro 2016 membuka penyertaan kepada 24 negara, Gareth Bale mendapat apa yang Ryan Giggs tidak pernah dapat, iaitu mengetuai Wales dalam kejohanan antarabangsa. Penampilan Bale sedikit suram di Real Madrid apabila dia sering dibayangi Cristiano Ronaldo . Bagaimanapun, dia masih kekal menjadi pemain paling cemerlang dan pantas dalam kelompok penyerang. Kaki kirinya sering menjadi pembunuh ketika mengambil sepakan percuma.
EURO 2016: Five things to know about Wales


7) Robert Lewandowski [Poland]

Berusia 27 tahun, Lewandowski menyerupai bakat dan kemahiran yang dimiliki Zlatan Ibrahimovic. Dia pernah menjaringkan 160 gol dalam semua pertandingan sepanjang lima musim di Jerman, termasuk lima gol yang dijaringkan dalam tempoh sembilan minit ketika menentang Wolfsburg pada awal musim ini. Gol-gol ajaibnya itu dilakukan selepas dia dimasukkan dalam separuh masa kedua ketika Bayern Munich menewaskan Wolfsburg 5-1 dalam saingan Bundesliga.
EURO 2016: Five things to know about Poland


8) Mesut Ozil [Jerman]

Ozil mungkin pemain paling tajam membuat hantaran dalam kotak penalti di peringkat antarabangsa. Pada musim ini, dia tampil dengan cemerlang bersama Arsenal, ketika memecahkan rekod Liga Perdana dengan mencipta peluang gol terbanyak. Selepas persaraan Philipp Lahm di pentas antarabangsa dan Bastian Schweinsteiger melewati prestasi terbaik, Ozil dijangka menjadi tonggak utama di bahagian tengah Jerman.
EURO 2016: Five things to know about Germany


9) David Silva [Sepanyol]

Silva seorang perancang yang licik. Selain boleh melakukan bantuan jaringan, dia turut berani menyumbat gol. Silva boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xavi di barisan tengah skuad Sepanyol.
EURO 2016: Five things to know about Spain

#Cristiano Ronaldo #David Silva #euro2016 #Gareth Bale #Harry Kane #Jamie Vardy #Mesut Ozil #Paul Pogba #pemain tumpuan Euro 2016 #Perancis #Robert Lewandowski #Zlatan Ibrahimovic
;