#ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa?

Mariah Ahmad
Januari 20, 2018 22:39 MYT
Hadiah wang terkumpul ESL One Genting tahun ini meningkat kepada RM1.5 juta berbanding RM980,000 tahun lalu. - Foto ESL
Syarikat e-sukan terbesar di dunia, ESL sekali lagi bakal membawakan kejohanan bertaraf antarabangsa ESL One Genting di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.5 juta akan menjadi buruan 16 pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dalam kejohanan ini yang akan berlangsung bermula 23 Januari nanti.
Ketua Pegawai Operasi ESL Asia Frank Sliwka berkata juara juga akan menerima 400 mata kelayakan jemputan terus ke kejohanan Dota 2 terbesar di dunia The International 2018.
Beliau juga berkata penganjuran kejohanan kali ini akan lebih banyak berbeza berbanding tahun lepas.

#ESLOne Genting public viewing - watch the group stage games with like-minded fans directly from the Genting International Showroom.https://t.co/Jgjhkum2pD pic.twitter.com/fRYAHch4Pk

— ESL Dota2 (@ESLDota2) January 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Selepas menyaksikan sendiri kejayaan ESL One Genting pada tahun lalu, kami sudah tahu itu bukan penganjuran yang terakhir bagi kami.
“Iltizam dan semangat e-sukan yang ditonjolkan komuniti di sini menunjukkan betapa bersemangatnya peminat Dota 2 di Malaysia.
“Kami teruja untuk terus bekerjasama dengan Resorts World Genting (RWG) pada masa depan bagi mengukuhkan e-sukan di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu majlis sidang media ESL One Genting di, Genting International Showroom hari ini.
Tahun lalu, lebih lima ribu peminat membanjiri Arena of Stars bagi menyaksikan sendiri pemain kesukaan mereka dalam acara utama ESL One Genting.
Siaran langsung perlawanan ESL One Genting tahun lepas juga menarik 11.4 juta penonton atas talian dari seluruh dunia.
Kejohanan itu juga terpilih sebagai Acara e-sukan terbaik Asia oleh Persidangan dan Anugerah Industri Sukan (Spia Asia).
#esl #esl one #esl one genting #the international
;