Erdogan jadi pengapit pada majlis perkahwinan Mesut Ozil

Asyraf Roslan
Jun 8, 2019 08:10 MYT
Erdogan hadir ke majlis perkahwinan Mesut Ozil sebagai pengapitnya. - Gambar Instagram @aminemesutoezil
PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan hadir ke majlis perkahwinan bekas pemain bola sepak antarabangsa Jerman, Mesut Ozil sebagai pengapitnya.
Pemimpin Turki itu tiba pada petang Jumaat di sebuah hotel mewah di tebing Bosphorus untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas pemain tengah Arsenal bersama tunangnya, bekas Miss Turkey Amine Gulse.
Erdogan kelihatan tersenyum bersama isterinya, Emine ketika sedang menyaksikan majlis perkahwinan pasangan muda itu berlangsung.
Ozil, 30, mengumumkan pada Mac bahawa dia sendiri telah meminta Erdogan menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya.
BACA: Sempena perkahwinan, Ozil umum biayai pembedahan 1,000 kanak-kanak
Terdahulu, Ozil telah mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila bergambar bersama Erdogan.
Gambar itu menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan pemain bola sepak Jerman itu menjelang kempen Piala Dunia 2018.
#bola sepak #Mesut Ozil #perkahwinan #Piala Dunia #Presiden Turki #Recep Tayyip Erdogan #Turki