EPL: West Ham tewaskan Burnley, kini di tangga ke-9 liga
Astro Awani
Januari 17, 2021 09:39 MYT
Januari 17, 2021 09:39 MYT
WEST Ham United menang ke atas Burnley 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Perlawanan yang mengambil tempat di Stadium London itu menyaksikan Michail Antonio tangkas menjaringkan gol seawal minit ke-9 permainan.
Antonio, 30 tahun, beraksi untuk kali keempat sejak Oktober susulan kecederaan hamstring yang dialaminya.
Satu gol itu berakhir sehingga ke wisel penamat.
West Ham kini berada di kedudukan kesembilan liga dengan 29 mata.
Burnley di kedudukan ke-17 liga.