EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim

Astro Arena
Februari 18, 2025 09:50 MYT
AMORIM: Saya mempunyai banyak masalah, kerja saya sangat-sangat sukar di sini, tetapi saya tetap dengan kepercayaan saya. - Gambar fail
PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim, menjelaskan dia menghadapi tugasan yang amat sukar dalam proses mengubah landskap pasukannya itu, namun dia komited tiada akan berkompromi dengan pegangannya.
Jaringan tunggal James Maddison menewaskan The Red Devils untuk satu lagi keputusan tewas di Tottenham, sekali gus menjadi kekalahan ketiga mereka berdepan anak buah Ange Postecoglu dalam semua pertandingan musim ini.
Keputusan itu memastikan United turun ke tangga ke-15 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) denmgan hanya 29 mata selepas 29 perlawanan dan menghampiri kelompok pasukan tercorot lain.
Untuk rekod, United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74 iaitu sebanyak 13 kali, di mana ketika itu mereka tersingkir daripada saingan liga utama itu.

The boss had updates on Leny, Christian, Kobbie and Amad in Sundays press conference #MUFC

— Manchester United (@ManUtd) February 17, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap pasca perlawanan Ahad lalu, Amorim berasa sedih menjelaskan: "Apa yang anda lihat dan apa yang anda bincangkan setiap minggu, saya juga melihatnya.
"Saya mempunyai banyak masalah, kerja saya sangat-sangat sukar di sini. Tetapi saya tetap dengan kepercayaan saya." katanya.

Zirk goes close as the Reds increase the pressure come on, lads! #MUFC || #TOTMUN pic.twitter.com/WvwarYc4e4

— Manchester United (@ManUtd) February 16, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #EPL #Ruben Amorim #Liga Perdana Inggeris
;