EPL: Tuchel tarik diri jadi jurulatih baru Man Utd

Astro Arena
Jun 9, 2024 23:40 MYT
Thomas Tuchel bercakap pada sidang media selepas perlawanan Bundesliga antara TSG 1899 Hoffenheim dan Bayern Munich di PreZero Arena, Sinsheim, Jerman, 18 Mei 2024. - Gambar fail/REUTERS
BEKAS pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel, tidak mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan meskipun menerima tawaran daripada beberapa kelab gergasi England di sana.
Menurut kemas kini terbaru wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, bekas jurulatih Chelsea itu tiada perancangan untuk mengambil tugasan selaku pengurus untuk juara Piala FA Inggeris, Manchester United.
Perbincangan di antara kedua-dua wakil tersebut dilihat menemui jalan buntu sekali gus membuatkan Tuchel menarik diri selepas beberapa siri pertemuan diadakan minggu lalu.
Malah, individu berusia 50 tahun itu, memberitahu bahawa dia mahu 'berehat' seketika daripada melatih mana-mana pasukan sepanjang musim panas ini.
Dalam masa sama, spekulasi dan tanda tanya terus menghantui masa depan jurulatih kelahiran Belanda, Erik ten Hag, yang masih menunggu jawapan daripada pihak pengurusan tertinggi Manchester United mengenai kerjayanya di kelab itu.

EXCL: Thomas Tuchel NOT planning to take Man United job, he wants to take a break not coaching any club this summer. Tuchel currently decided not to continue in talks with United after meeting in the recent weeks. United, deciding on Erik ten Hag future soon. pic.twitter.com/J0vQWzdICu

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #pengurus #Thomas Tuchel #EPL