EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal

Astro Arena
September 16, 2024 08:10 MYT
Pemain Arsenal Gabriel menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Arsenal di London, 15 Sept 2024. (Foto AP)
TOTTENHAM HOTSPUR 0 ARSENAL 1
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham, malam tadi.
Seperti perlawanan sebelum ini, calon juara EPL musim ini mempertaruhkan trio serangan, Leandro Trossard, Kai Havertz dan pemain kebangsaan England, Bukayo Saka, manakala Son Heung-min serta James Maddison menjadi watak penting skuad tuan rumah.
Pemain sayap Brazil, Gabriel Martinelli, hampir meletakkan The Gunners di depan pada minit ke-17, namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol, Guglielmo Vicario.
Pertahanan kental, Gabriel Magalhaes, menjadi wira skuad kendalian Mikel Arteta apabila menanduk masuk bola hantaran daripada Saka sekali gus membawa pulang tiga mata penuh daripada halaman lawan.
Justeru, Arsenal kini sudah mengumpul 10 mata dalam empat perlawanan dan berdiri di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Reigning victorious on derby day pic.twitter.com/8jA04cHSaV

— Arsenal (@Arsenal) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liga Perdana Inggeris #Arsenal #Tottenham Hotspur
;