EPL: Tottenham berjaya benam Brighton 2-1

Astro Awani
November 2, 2020 00:36 MYT
Adam Lallana (atas) didapati telah mengasari Harry Kane (bawah) ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur, London, 1 Nov, 2020. (Foto AP)
TOTTENHAM Hotpsur menampilkan aksi cemerlang apabila menang 2-1 ketika menentang Brighton awal pagi ini.
Dalam aksi yang penuh dramatik, Harry Kane meletakkan Spurs di depan melalui sepakan penalti seawal minit ke-13.
Sepakan penalti itu diberikan berdasarkan pemeriksaan Video Pembantu Pengadil (VAR) yang mendapati Adam Lallana telah mengasari kapten England itu.
Satu lagi gol berjaya disudahkan Gareth Bale pada minit ke-73.
Ini merupakan gol pertama beliau sejak menandatangani semula kontrak bersama Tottenham.
Brighton cuba untuk menyamakan kedudukan namun hanya dapat menjaringkan satu gol melalui Tariq Lamptey pada minit ke-56.
Kemenangan di laman sendiri ini meletakkan Spurs di kedudukan kedua liga, dua mata di belakang Liverpool.
Manakala Brighton di kedudukan ke-16 liga.
#EPL #Tottenham Hotspur FC #Brighton & Hove Albion #Harry Kane #Liga Perdana Inggeris #VAR