EPL: Terry belum pulih sepenuhnya - Conte
Astro Arena
September 24, 2016 09:49 MYT
September 24, 2016 09:49 MYT
Pengurus Chelsea, Antonio Conte memberitahu pemain pertahanan John Terry tidak akan beraksi dalam perlawanan berdepan Arsenal di Stadium Emirates.
Pertahanan veteran itu terpaksa diketepikan ketika tewas 2-1 kepada Liverpool selepas mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan yang kesudahan 2-2 dengan Swansea City.
Terry telah kembali menyertai sesi latihan, tetapi Conte memberitahu dia belum bersedia untuk berdepan skuad kendalian Arsene Wenger.
"Terry masih belum sembuh sepenuhnya. Dia telah kembali berlatih namun masih belum mencapai tahap yang terbaik," kata Conte.
"Saya masih belum tahun bila Terry akan kembali beraksi, keputusan terletak pada pemain itu sendiri."