EPL: Ten Hag terus pupuk budaya positif, disiplin dalam kalangan pemain
Astro Arena
September 16, 2023 09:45 MYT
September 16, 2023 09:45 MYT
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag, berkata dia mewarisi sebuah kelab yang 'tiada budaya yang baik' selepas Jadon Sancho diberitahu untuk berlatih sendirian bersama barisan pemain akademi.
Sancho dikenakan tindakan disiplin selepas mendakwa di media sosial bahawa dia telah dijadikan 'kambing hitam' berikutan kekalahan Arsenal sebelum rehat antarabangsa.
Ten Hag menolak beberapa peluang untuk membincangkan tenang pemain sayap itu apabila dia ditanya menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris malam ini bertemu bertemu Brighton di Old Trafford.
Kesilapan langkah Sancho adalah yang terbaru mengenai isu disiplin luar padang terpaksa diatasi oleh pengendali Belanda itu sejak pelantikannya pada musim panas lalu dan dia berkata sebahagian daripada taklimatnya adalah untuk memupuk disiplin yang lebih baik di kelab.
Ten Hag berkata, “Disiplin adalah apa yang diharapkan kelab kepada saya kerana tidak ada budaya yang baik sebelum saya memasuki musim lalu, jadi untuk menetapkan standard yang baik, itulah yang saya lakukan dan menjadi tugas saya untuk mengawal standard.
“Sudah tentu, tidak sekali-kali seseorang hanya membuat satu kesilapan, ia adalah proses keseluruhan sebelum anda mencapai keputusan tertentu mengenai peraturan dalam pasukan ini.
"Jika kakitangan atau pemain atau sesiapa sahaja, terdapat struktur untuk dipatuhi dan setiap individu perlu mengikut setiap perkara yang telah ditetapkan."
Walaupun masa depan jangka panjang Sancho di kelab itu nampaknya tidak menentu dan Antony kini berada di luar kelab ketika dia menangani dakwaan bersikap ganas terhadap wanita, Ten Hag mendakwa skuad United berada dalam keadaan baik.
“Saya rasa semuanya sudah dikatakan. Jadi skuad berada di tahap terbaik, semangat yang baik dan mood yang baik menjelang perlawanan seterusnya,” katanya.
Ten Hag juga turut kekal mempertahankan Harry Maguire, yang dikritik hebat penyokong Scotland ketika kemenangan England dalam aksi persahabatan.
Maguire, yang boleh meninggalkan United pada musim panas, menyifatkan ia sebagai 'cemuhan' namun ibunya tetap memberikan sokongan di media sosial.
Dan Ten Hag menambah, “Saya telah berkata banyak kali, ia adalah satu tindakan yang kurang senang, dia tidak berhak dicemuh.
"Maguire seorang pemain yang hebat, memberikan persembahan yang hebat. Tidak masuk akal mengapa ia masih lagi diteruskan dan Harry perlu menamatkan kritikan ini melalui persembahannya.
“Adalah tidak wajar apabila anda melihat kariernya, satu karier yang cukup hebat dan masih banyak perkara yang boleh dilakukannya, tetapi dia perlu membalas kritikan tersebut menerusi persembahan yang baik.”
Ten Hag mendedahkan Lisandro Martinez dan Victor Lindelof cergas untuk menentang Seagulls, tetapi Luke Shaw, Mason Mount dan Raphael Varane masih cedera.