EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Astro Arena
April 24, 2024 10:15 MYT
April 24, 2024 10:15 MYT
PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag, menyifatkan reaksi terhadap kemenangan dalam peringkat separuh akhir Piala FA yang melibatkan Manchester United ke atas Coventry sebagai 'memalukan' dan umpama satu 'penghinaan.'
Setelah melepaskan peluang untuk menang dengan mendahului 3-0 di Stadium Wembley ketika perlawanan masih berbaki 20 minit tetapi menang menerusi sepakan penalti ketika menentang pasukan dari Liga Kejuaraan itu dikritik hebat oleh pakar dan peminat bola sepak.
Ten Hag menjawab soalan yang ditanyakan dengan penuh keyakinan bahawa kemenangan yang diraih pasukannya itu bukan sesautu yang memalukan dan menganggap reaksi sesetengah pihak hanya bersifat berlebihan sahaja.
"Persoalannya: Adakah ia memalukan? Tidak, reaksi daripada anda lebih memalukan. Ia adalah komen. Bola sepak teratas adalah mengenai keputusan perlawanan, kami berjaya ke peringkat akhir dan kami layak mendapatkannya bukan sahaja dalam perlawanan ini tetapi perlawanan lain juga.
"Bagi saya sebagai pengurus, empat piala akhir dalam tempoh empat tahun. Komen itu memalukan." katanya. - Stadium Astro