EPL: Tandukan bersejarah Alisson dipilih gol terbaik Liverpool

Astro Arena
Jun 3, 2021 13:35 MYT
Alisson meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan EPL antara West Bromwich Albion dan Liverpool di The Hawthorns, West Bromwich, Britain, 16 Mei, 2021. - Foto Astro ARENA
TANDUKAN bersejarah Alisson ketika kemenangan dramatik 2-1 ke atas West Brom dipilih sebagai gol terbaik Liverpool musim 2020-21.
Penjaga gol The Reds itu menghidupkan harapan pasukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold untuk menang 2-1 dalam perlawanan di The Hawthorns itu pada 17 Mei lalu.
Dengan melakukannya, pemain Brazil itu menjadi penjaga gol pertama dalam sejarah 129 tahun kelab itu menjaringkan gol dalam satu perlawanan kompetitif.
Liverpool menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ketiga dengan 69 mata dan layak ke UCL selepas memenangi kesemua lima perlawanan terakhir.

Another excuse to watch nearly 6 minutes of Alis absolutely ridiculous goal? . pic.twitter.com/q47qhZ1MHY

— Liverpool FC (@LFC) June 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan ke atas West Brom itu merupakan yang ketiga dalam proses berkenaan dengan The Reds kemudian meraih kemenangan 3-0 di Burnley dan menewaskan Crystal Palace 2-0 dalam perlawanan terakhir.
Tandukan kemenangan Alisson itu juga menjadikannya sebagai penjaga gol keenam menjaringkan gol dalam EPL selepas Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard dan Asmir Begovic.
Dia menjadi penjaga gol pertama menjaringkan gol menerusi tandukan dalam kejohanan dan ia dilihat menjadi penyebab utama jaringan itu menerima 65 peratus daripada undian keseluruhan untuk dinobatkan sebagai gol terbaik Liverpool musim 2020-21.
#bola sepak #Liverpool #Liga Perdana Inggeris #Brazil #EPL #West Brom #penjaga gol #tandukan #undian #gol terbaik #UCL #sepakan penjuru
;