EPL: Southampton selesa ketepikan Aston Villa 4-3

Astro Awani
November 1, 2020 06:58 MYT
James Ward-Prowse dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan EPL antara Aston Villa dan Southampton di Villa Park, Birmingham, England, 1 Nov, 2020. (Foto AP)
DUA sepakan percuma tidak disia siakan James Ward Prowse apabila berjaya menjaringkan dua gol bagi membantu Southampton menang 4-3 ketika menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad malam.
Kedua-dua gol yang dijaringkan pada babak pertama itu, memberi kelebihan kepada Southampton untuk terus ke tangga keempat liga.
Beraksi di laman Villa, Villa Park, permainan didominasi oleh Southampton dengan gol pada minit ke-20 turut dibantu Prowse.
Ditambah lagi satu hantaran pada minit ke-58 oleh Danny Ings, ia melengkapkan Southampton dengan 4-0 ke atas Villa.
Namun, Villa bangkit mahu menyamakan kedudukan, bermula minit ke-62, hantaran demi hantaran berjaya disudahkan dengan gol.
Dua gol Villa dijaringkan dalam masa kecederaan menjadikan keputusan 4-3.
Villa kini menduduki tangga ketujuh liga.
#English Premier League #EPL #Aston Villa #Southampton #bola sepak #James Ward Prowse #gol #Liga Perdana Inggeris
;