EPL: Southampton kini di kedudukan empat teratas

Astro Awani
Disember 14, 2020 08:49 MYT
Pemain Southampton Che Adams meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Southampton dan Sheffield United, di stadium St. Mary's, Southampton, England, 13 Dis, 2020. (Foto AP)
SOUTHAMPTON melonjak ke empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan ke atas Sheffield United dalam perlawanan di Stadium St. Mary's, Southampton, pada Ahad.
Kelab itu menundukkan Sheffield 3-0.
Beraksi di laman sendiri, Southampton terlebih dahulu membuka jaringan di minit ke-34.
Ini diikuti dengan dua lagi gol di babak kedua, masing-masing pada minit ke-62 dan 83.
Dengan keputusan ini, Sheffield bagaimanapun belum berada dalam kedudukan selesa.
Kelab itu sekadar mencatat kelebihan satu mata berbanding kelab yang mengekori kedudukannya.
#Southampton #EPL #Sheffield United #Che Adams
;