EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte

Astro Arena
Mac 29, 2023 12:05 MYT
Son berkata dia tidak dapat menahan dirinya daripada rasa bersalah selepas mengalami penurunan prestasi ketara musim ini. - Foto Astro ARENA
SON Heung-min berasakan prestasi hambarnya di atas padang telah menjadi antara punca pemergian Antonio Conte daripada Tottenham.
Conte meninggalkan Spurs hujung minggu lalu selepas seminggu yang penuh spekulasi mengenai masa depannya berikutan penurunan prestasi pasukan itu.
Spurs terikat 3-3 dengan Sothampton pada 18 Mac lalu -- di mana mereka sebelum itu mendahului 3-1 -- dan ia menjadi perlawanan terakhir Conte, yang membidas pemainnya dalam sidang media selepas perlawanan, sebagai pengurus pasukan itu.
Conte ketika itu turut mengkritik hierarki tertinggi kelab berkenaan tetapi dia kemudian dilaporkan telah memberikan penjelasan bahawa segala kritikannya ditujukan hanya untuk pemainnya.
Bagaimanapun, majikannya kelihatan sudah memutuskan untuk menamatkan jodoh Conte bersama mereka dan ia kemudian diumumkan bahawa pengurus itu sah meninggalkan Spurs secara persetujuan bersama.
Son, sewaktu menjalani tugasan antarabangsa bersama Korea Selatan, berkata dia tidak dapat menahan dirinya daripada rasa bersalah selepas mengalami penurunan prestasi ketara musim ini.
Ini selepas dia memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 23 gol tetapi hanya dapat mendaftarkan enam jaringan daripada 26 penampilan musim ini.

1.88 - Tottenham averaged 1.88 points per game in the Premier League under Antonio Conte (P56 W32 D9 L15), the second highest figure for any Spurs manager (min. 38 games in charge): 1.89 - Pochettino 1.88 - Conte 1.83 - Villas-Boas 1.74 - Redknapp 1.64 - Mourinho Arrivederci. pic.twitter.com/hzUKWd63XR

— OptaJoe (@OptaJoe) March 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
BACA: Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
BACA: Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
"Sebagai pemain, saya amat bersimpati kepadanya," kata Son kepada wartawan selepas Korea Selatan tewas 1-2 kepada Uruguay.
"Dia seorang pengurus berkelas dunia dan kami melalui satu perjalanan yang hebat bersama, saya amat berterima kasih kepadanya.
"Saya tahu bagaimana perasaan pemain terhadapnya tetapi saya bersimpati dengannya.
"Saya sepatutnya mempamerkan yang lebih baik tetapi saya tidak dapat melakukannya.
"Saya tidak dapat membantu pasukan ini dan saya rasa bertanggungjawab kerana jurulatih kami telah memikulnya dan meinggalkan kelab ini.
"Dia memiliki kemahiran dan pengalaman sebagai jurulatih. Saya pasti dia akan memperoleh kejayaan yang besar pada masa akan datang," katanya.
#EPL #Son Heung-min #Antonio Conte #Tottenham Hotspur
;