EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man Utd kerap fikir panjang

Astro Arena
November 25, 2024 08:00 MYT
Marcus Rashford (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Amad Diallo selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan EPL antara Ipswich Town dan Manchester United di Stadium Portman Road, Ipswich, England, 24 Nov 2024. (Foto AP)
BUKANLAH permulaan yang diinginkan apabila ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, memulakan penampilannya dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri berdepan Ipswich Town di Stadium Portman Road, awal pagi tadi.
Sebaliknya, bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Seawal minit kedua Marcus Rashford membuka tirai jaringan yang menandakan era baharu jurulatih dari Portugal itu bakal membawa keajaiban.
Namun, Omari Hutchinson menjadi wira skuad tuan rumah untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1.
"Pemain terlalu banyak berfikir dan kurang menumpukan sepenuh perhatian ketika permainan berlangsung.

Something to build on for Ruben's Reds #MUFC || #IPSMUN pic.twitter.com/GuzuP6KrHW

— Manchester United (@ManUtd) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Separuh masa pertama menyaksikan beberapa pertembungan fizikal dan mempunyai aksi satu lawan satu tetapi sukar untuk menangani masalah tersebut.
"Kami kerap kehilangan bola meskipun tanpa tekanan daripada Ipswich Town.
"Sebagai seorang pemain, mereka harus mengetahui cara mengawal bola dan mengekalkan tempo permainan," luahnya kepada media antarabangsa selepas perlawanan.
#Manchester United #EPL #Ruben Amorim #Ipswich Town
;