EPL: Sentuhan emas Zirkzee pastikan United buka langkah dengan kemenangan

Astro Arena
Ogos 17, 2024 08:35 MYT
Joshua Zirkzee mengawal bola ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Fulham di Old Trafford, Manchester, England, 16 Ogos 2024. (Foto AP)
JOSHUA Zirkzee menjaringkan gol kemenangan ketika membuat penampilan sulung bersama Manchester United ketika The Red Devils meraih kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim 2024-25.
Selepas menamatkan saingan di kedudukan terendah Liga Perdana Inggeris dalam saingan sejarah kelab, United kelihatan berdepan permulaan yang mengecewakan di Old Trafford awal pagi tadi sehingga penyerang terbaru mereka menampan masuk bola melepasi penjaga gol, Fulham, Bernd Leno, pada minit ke-87.
Diperkenalkan pada pertengahan separuh masa kedua oleh Erik ten Hag, Zirkzee mempamerkan sentuhan emas menyambar hantaran silang seorang pemain pemain gantian, Alejandro Garnacho bagi memastikan kemenangan.
Bruno Fernandes terlepas peluang terhidang United, dengan Leno mempamerkan prestasi cukup cemerlang buat pelawat, menafikan dua percubaan pemain Portugal itu.
Leno turut menafikan percubaan Mason Mount di awal separuh masa kedua, namun Fulham turut melepaskan peluang mereka sepanjang perlawanan.
Alejandro Garnacho berpeluang menggandakan jaringan dalam masa tambahan, namun kegagalan pemain itu tidak menjejaskan tiga mata yang berjaya diperoleh pasukan dalam aksi pembukaan.

15 - Joshua Zirkzee is the 15th Dutch player to score on his Premier League debut, and the fourth to do so while at @ManUtd after Ruud van Nistelrooy, Alexander Büttner and Donny van de Beek. Oranje. #MUNFUL pic.twitter.com/JDDZPenL6d

— OptaJoe (@OptaJoe) August 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #EPL #Fulham #Joshua Zirkzee