EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah

Astro Arena
Februari 13, 2025 13:45 MYT
Slot dilayangkan kad merah berikutan berjabat tangan dengan Oliver, malah pembantu slot, Sipke Hulshoff, turut menempah nasib sama.- Stadium Astro
PENGURUS Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park, awal pagi tadi.
Pergaduhan tercetus apabila pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure, meraikan meraikan keputusan itu di hadapan penyokong Liverpool selepas jaringan penyamaan James Tarkowski buat tuan rumah pada minit ke-8 masa kecederaan memastikan pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut berkesudahan 2-2.
Pemain gantian Liverpool, Curtis Jones, yang panas hati dengan kelakuan Doucoure lantas mencengkam pemain lawan itu hingga mencetuskan ketegangan yang melibatkan pemain, jurulatih, petugas keselamatan termasuk pegawai polis.

Look at Arne Slots handshake for Michael Oliver. pic.twitter.com/PpaWXUUwyQ

— Samuel (@SamueILFC) February 12, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas keadaan bertukar reda, Doucoure dan Jones dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Michael Oliver, sekali gus dibuang padang.
Slot turut dilayangkan kad merah berikutan berjabat tangan dengan Oliver secara agresif, malah pembantu slot, Sipke Hulshoff, turut menempah nasib serupa.
Ia menjadi penamat yang tepat untuk derby Merseyside ke-120 dan terakhir itu yang dilangsungkan di Goodison Park memandang Everton akan berpindah ke stadium baru musim depan. -- Stadium Astro
#Arne Slot #EPL #kad merah #Liverpool #Everton
;