EPL: Salah kembali dengan gol dalam kemenangan Liverpool ke atas Brentford

Astro Arena
Februari 18, 2024 10:00 MYT
Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan EPL antara Brentford dan Liverpool di Stadium Gtech Community, London, 17 Feb 2024. (Foto AP)
MOHAMED Salah menjaringkan gol sekembalinya daripada kecederaan ketika Liverpool menewaskan Brentford untuk mengekalkan pendahuluan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan dengan satu bola lambungan yang hebat sebelum Alexis Mac Allister menggandakan kelebihan The Reds di Stadium Komuniti Gtech.
Salah, kembali daripada masalah hamstring yang dialami semasa bertugas di Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, mencetak nama selaku penjaring dengan penyudah yang tajam.
Ivan Toney kemudian berjaya menjaringkan gol seakan memberi sinar buat Brentford, tetapi Cody Gakpo memastikan Liverpool berada di kelas tersendiri dengan jaringan pada lewat perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool mendahului lima mata buat sementara waktu di puncak, tetapi kemenangan Arsenal 5-0 ke atas Burnley pada semalam kembali mengurangkan jurang kepada hanya dua mata.

Welcome back, Mo pic.twitter.com/9yu6p0ADcL

— Liverpool FC (@LFC) February 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun ada perkara yang pahit untuk ditelan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp daripada kemenangan di Stadium Komuniti Gtech adalah penambahan kepada senarai kecederaan pemain yang meningkat.
Curtis Jones dan Diogo Jota terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa, manakala Nunez digantikan pada rehat separuh masa.

Jürgen Klopp offered an update on the conditions of Darwin Nunez, Curtis Jones and Diogo Jota following #BRELIV:

— Liverpool FC (@LFC) February 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liverpool #Brentford #Mohamed Salah
;