EPL: Salah dah pecah tiga rekod, dua lagi 'on the way'
Astro Arena
Disember 24, 2024 15:45 MYT
Disember 24, 2024 15:45 MYT
MOHAMED Salah mendahului kedudukan dalam perebutan Kasut Emas di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan persembahan cemerlangnya dalam kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspur, Ahad lalu.
Dua gol dan dua bantuan ketika menentang Tottenham membawanya kepada 15 gol dan 11 bantuan di saingan EPL untuk musim ini menjadikan Salah pemain pertama dalam EPL yang mencapai dua angka dalam kedua-dua kategori sebelum Krismas.
Selain itu, dia merupakan pemain pertama yang mencapai dua angka untuk kedua-dua gol dan bantuan dalam empat musim EPL berturut-turut.
Sebelum ini, Thierry Henry yang meraih empat Kasut Emas EPL, semestinya menjadi satu lagi rekod yang mampu diatasi Salah yang ketika ini sudah pun merangkul tiga kali gelaran itu sejak bersama The Reds menyertai rekod yang dimiliki Harry Kane dan Alan Shearer.
Salah memenangi anugerah itu pada 2017/18, musim pertamanya di Liverpool dengan 32 gol dan dua kali berkongsi dengan rakan sepasukan Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang pada 2018/19 dan dengan Son Heung Min dari Tottenham pada musim 2021/22.
Dengan situasi kontrak penyerang itu masih dalam penelitian, jangan dilupa bahawa masih tiada pemain menewaskan rekod Erling Haaland untuk Kasut Emas dengan 36 gol dalam satu musim sejak ketibaan pemain Norway itu di England.
Jadi nantikan perlawanan berdepan Leicester City Jumaat ini, adakah ada jaringan lagi daripada Salah ataupun tidak? -- Stadium Astro