EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal

Astro Arena
April 1, 2023 10:10 MYT
Aksi Bukayo Saka meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika kelayakan Euro 2024 kumpulan C antara England dan Ukraine di Wembley Stadium, London, 26 Mac 2023. - Gambar fail AP
BUKAYO Saka dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas membantu pendahulu liga, Arsenal, memenangi kesemua empat perlawanan sepanjang bulan lalu.
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu, di mana Arsenal menewaskan Everton, Bournemouth, Fulham dan Crystal Palace.
Hanya penyerang Manchester City, Erling Haaland (33), dan tonggak Tottenham, Harry Kane (23), telah terlibat dengan lebih banyak jaringan berbanding Saka (22) dalam saingan EPL musim ini.
Pemain berusia 21 tahun itu -- yang juga merupakan calon bagi Anugerah Pemain Terbaik musim ini -- merupakan satu-satunya pemain yang mencecah angka dua digit bagi jaringan (12) dan bantuan gol (10) dalam kejohanan itu musim ini.
Dengan membantu Arsenal berkelebihan lapan mata di atas City ketika ini -- dalam usaha The Gunners meraih gelaran liga pertama sejak 2004 -- Saka turut menjaringkan gol jarak jauh gemilang ketika membantu England menewaskan Ukraine 2-0 dalam waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.
Dengan memenangi anugerah itu, Saka mengetepikan saingan daripada Alexander Isak, Alexis Mac Allister, Tyrone Mings, Mohamed Salah dan rakan separukannya di Arsenal, Leandro Trossard.
Dia menjadi pemain Arsenal kedua memenangi anugerah bulanan itu musim ini selepas Martin Odegaard muncul pemain terbaik bagi bulan November dan Disember lalu.

Your @EASPORTSFIFA Player of the Month for March Congratulations, @BukayoSaka87 #PLAwards | @Arsenal pic.twitter.com/vmixpx566a

— Premier League (@premierleague) March 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bukayo Saka #Pemain Terbaik Bulanan EPL #Arsenal #EPL
;