EPL: Pep Guardiola mahu anak buahnya sedia perangi Liverpool

Astro Arena
Mac 10, 2024 12:15 MYT
Guardiola mahu Manchester City agar bersedia untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan EPL menentang Liverpool. - Gambar fail/Stadium Astro
PEP Guardiola mendesak pasukan kendaliannya Manchester City, agar bersedia sepenuhnya untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool, malam ini.
Juara bertahan itu akan membuat perhitungan di Anfield untuk perlawanan yang mungkin menjadi bayangan awal siapakah yang bakal memegang takhta juara liga untuk musim ini.
Suasana yang dijangkakan akan menjadi sangat sengit dengan tekanan kepada setiap pemain dan terutamanya pengadil perlawanan, dia berharap pasukannya itu dapat mengatasi segala-galanya.
"Kami perlu mengatasi situasi ini untuk terus berada di puncak liga dan berjuang sehabis baik untuk gelaran juara liga kali yang keempat berturut-turut. Ini adalah cabaran yang perlu kami hadapi.
"Kami tidak dapat mengawal sepenuhnya apa yang akan terjadi di dalam stadium nanti dengan keputusan yang akan pengadil perlawanan putuskan.
"Apa yang dapat kami lakukan adalah memberikan persembahan yang lebih baik, dan itu adalah perkara yang saya tahu sepanjang hidup saya. Hanya satu perkara yang dapat saya kawal adalah persembahan pasukan saya di atas padang." katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Pep Guardiola #Manchester City #Liverpool #Liga Perdana Inggeris #EPL #kejuaraan liga
;