EPL: Penalti Salah bawa Liverpool ke puncak liga
Astro Arena
September 29, 2024 09:00 MYT
September 29, 2024 09:00 MYT
LIVERPOOL ke puncak Liga Perdana Inggeris susulan sepakan penalti Mohamed Salah memberikan kemenangan 2-1 ke atas Wolves di Molineux.
Keputusan seri 1-1 Manchester City bertemu Newcastle United memberikan peluang buat skuad kendalian Arne Slot ke puncak liga, dan Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
Ibrahima Konate menanduk masuk gol pendahulu buat Liverpool sebelum kesilapannya membenarkan Rayan Ait-Nouri mendapatkan gol penyamaan di awal separuh masa kedua.
Selang tiga minit kemudian, Semedo menjatuhkan Jota dalam kotak penalti, memberikan peluang Salah dengan penuh keyakinan mendapatkan gol kemenangan.
Liverpool memintas City ke puncak liga dengan berkelebihan satu mata ke atas penyandang juara dan Arsenal, manakala Wolves kekal di tangga tercorot dengan satu mata selepas enam perlawanan.